Calon PAS P Pinang sedia tumbang 'Gergasi Tua'

| .

PULAU PINANG:  Kesemua calon PAS yang bertanding di Pulau Pinang sedia galas tanggungjawab memastikan 'Gergasi Tua' yang menghantui rakyat bawahan selama ini terkubur, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar).

Baginya, selagi gergasi tua tidak dihapuskan dia akan mengacau sekali sekala memberontak tanpa ada tujuan.

Pemilihan calon kali ini sambungnya, dianggap paling terbaik kerana masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri serta sering bergelumang dengan masyarakat.

Di Dun Penaga, Rosidi Husain seorang peguam muda yang berkalibar terkenal dengan kemahiran, bijak menyusun strateji dan merangka peluang mendekati masyarakat telah dipilih.

Beliau juga dikenali sebagai Ustaz yang cergas di mana jasa besarnya ialah mewujudkan sebuah padang sukan futsal di tengah- tengah kubu kuat Umno di Kampung Guar Tuan Syed.

Di Sungai Dua, PAS meletakkan bekas guru, Cikgu Zahadi Mohd yang pernah bertugas di Sekolah Menengah Haji Abdul Kader, Kepala Batas dan kini bertindak sebagai Penyelaras Dun Sungai Dua mengantikan Allahyarham Fahmi Abdul Wahab.

Di Permatang Berangan PAS mengamanahkan kepada Arshad Saleh iaitu bekas Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Kepala Batas.

Di Permatang Pasir pula katanya, beliau diamanah oleh parti untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihanraya Kecil setelah penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal akibat jantung.

Di Sungai Acheh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah pula adalah tenaga muda yang berpotensi. Selain mengajar beliau juga berjaya dalam bidang pentadbiran dan pengkaderan ahli.

Di Bayan Lepas pula, PAS meletakan Cikgu Asnah Hashim (gambar) juga seorang pendidik.  

Tugas akhirnya sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Jelutong dan kemudianya di Sekolah Kebangsaan Teluk Kumbar.

Beliau yang kini masih memegang jawatan Pegawai Penyelaras Dun Bayan Lepas nyata berjaya membawa banyak perubahan di dun berkenaan termasuk menyelesaikan masalah tempatan terutamanya membabitkan perumahan dan tanah.

Di Parlimen Kepala Batas PAS meletakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden iaitu anak kepada Ahli Parlimen Baling merangkap bekas Imam Masjid Negara.

Beliau adalah Pengerusi Jawatan Generasi Pewaris Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan bergerak aktif mengajar di masjid dan surau selain terlibat dalam bidang perniagaan.

Manakala di Parlimen Tasek Gelugor, PAS meletakan seorang tokoh koporat Datuk Seri Abdul Rahman Maidin yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.

Melihatkan kepada perkembangan itu Datuk Saleh berpendapat, PAS mampu buat lonjakan dan menang dengan majoriti yang lebih besar.

Mudah-mudahan kemenangan itu menambahkan lagi  kekuatan PAS berbanding hanya satu sebelum ini.

 

Share on Myspace