Akaun facebook palsu Muslimat PAS

Hazayani Zakaria | .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mewujudkan akuan laman facebook palsu menggunakan nama dewan tersebut.

Menurut setiausaha DMPP, Che Azlina Che Harun, akuan tersebut mula dikesan tersebar dua hari yang lalu dan setakat ini mempunyai 214 orang yang menyukainya.

Akaun beralamat https://www.facebook.com/DewanMuslimatPasPusat itu dipercayai bertujuan mengelirukan pelawat laman tersebut khususnya ahli dan penyokong PAS.

"Pihak DMPP sangat berharap ahli dan penyokong PAS tidak terpedaya dengan akaun palsu ini dan minta memaklumkan kepada kawan-kawan tentang akuan palsu ini," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau juga khuatir akaun palsu itu digunakan untuk memfitnah DMPP sehingga menyebabkan salah faham di kalangan ahli.

Justeru beliau meminta pihak yang terbabit menghentikan tindakan tersebut dan berkempen secara telus tanpa menganiaya pihak lawan.

"DMPP minta sesiapa yang terlibat dengan pemalsuan akaun ini, berhentilah menyebar fitnah sebaliknya berkempenlah secara rasional," katanya lagi.

Sebelum ini akaun personal DMPP turut dipalsukan namun berjaya dihapuskan setelah aduan dibuat kepada pihak pengendali facebook.

Azlina turut menggesa agar siasatan mengenai kewujudan akaun palsu ini dilakukan secara terperinci dan dilanjutkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Laman sebenar DMPP iaitu http://www.facebook.com/dmppusat mempunyai 5,330 orang yang menyukai.

Share on Myspace