Harakahdaily diserang: PAS minta bertembung secara adil

| .

KUALA LUMPUR: Sejak Parlimen dibubarkan 3 April lalu, sudah empat hari Harakahdaily di serang oleh DDOS.

Ia bermula pada hari pembubaran DUN lagi sehingga ke hari ini.

Semalam dan pagi ini Harakahdaily di serang lagi.

"Saya memohon kepada pihak lawan kita supaya bertindaklah secara yang wajar dan tidak memusnahkan media musuh.

"Marilah kita bertanding secara adil. Apa yang hendak ditakutkan mereka sehingga menyerang media kami sedangkan mereka mempunyai berpuluh-puluh media," kata Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaafar (gambar) dalam kenyataannya.

Pihak IT Harakahdaily sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah ekoran serangan yang bertalu-talu ini.

Beberapa versi telah cuba diwujudkan bagi membolehkan pembaca sentiasa mendapat maklumat terkini.

Selain Harakahdaily, pembaca boleh ke versi mobile iaitu m.harakahdaily.net. Jika laman ini menjadi berat, pembaca akan diarahkan terus keversi ringan (lite version) Harakahdaily.

Jika tidak boleh juga, pembaca boleh terus ke laman Facabook Harakahdaily di https://www.facebook.com/harakahdaily


Share on Myspace